Perkongsian dan Penyebaran Ilmu Geosains di Malaysia

Persatuan Geologi Malaysia (PGM) ditubuhkan pada tahun 1967 bagi menyebarkan perkembangan ilmu geosains di Malaysia dan Asia Tenggara. PGM menjalankan banyak aktiviti seperti pengajuran persidangan GEOSEA dan Persidangan Geosains Kebangsaan serta penerbitan berkala seperti Buletin Persatuan Geologi Malaysia dan Warta Geologi.